Skip Navigation LinksFAQ

FAQ

  
  
Aset yang mempunyai kos perolehan yang melebihi RM 2,000 harus dipermodalkan . Ini berdasarkan polisi yang telah ditetapkan oleh JANM.
Kategori Utama:
  
Aset warisan terbahagi kepada aset warisan kebangsaan dan aset warisan. Senarai penuh bangunan-bangunan tersebut boleh didapati di daftar warisan yang dikeluarkan oleh Jabatan Warisan Negara. Sila rujuk ke laman sesawang https://www.heritage.gov.my/v2/ untuk senarai terperinci aset-aset warisan.
Kategori Utama:
  
Sila daftarkan premis tersebut terus ke dalam templat pengumpulan baki awal aset tak alih, dan tambahkan sebagai premis baru di dalam templat tersebut.
Kategori Utama:
  

Jumlah ABT hutang pinjaman yang perlu dikumpul bagi baki tidak semestinya akan sama jumlah ABT yang dikira berdasarkan pekeliling yang sedia ada. Jumlah ABT bagi baki awal perakaunan akruan merangkumi semua jumlah hutang yang belum selesai, bukannya jumlah yang tertunggak sahaja.

Kategori Utama:
  

Definisi Aset Hidup adalah aset bernyawa iaitu tumbuhan, haiwan dan ikan dan digunakan untuk pelbagai aktiviti di bawah sektor awam. Aset tersebut bukan sahaja untuk tujuan pertanian, tetapi juga untuk tujuan penyelidikan, pendidikan, pengangkutan, hiburan, rekreasi, penggunaan untuk pertahanan oleh jabatan kastam dan penggunan lain yang tidak berkaitan dengan pertanian.

Aset Hidup boleh diakaunkan sebagai PPE di bawah IPSAS 17, Inventories di bawah IPSAS 12 atau Agriculture Asset di bawah IPSAS 27.

Contoh Aset Hidup yang memenuhi kriteria di atas adalah:

 IPSAS 27 – Agriculture assetIPSAS 17 – PPEIPSAS 12 – Inventory

Kriteria

Aset Hidup yang melalui fasa transformasi daripada haiwan atau tumbuhan untuk dijual atau sebagai produk pertanian harus diakaunkan mengikut IPSAS 27 nilai saksama tolak kos penjualan.

 

Penggunaan aset hidup sebagai sebahagian daripada operasi

Kerajaan di mana ianya membawa manfaat ekonomi masa hadapan.

Aset Hidup boleh diakaunkan sebagai inventori di bawah IPSAS 12 sekiranya:

Akan dimakan or digunakan sebagai sebahagian daripada operasi Kementerian; atau dalam bentuk pembekalan (untuk dimakan atau pengedaran servis oleh sesebuah Kementerian); atau dalam proses pengeluaran untuk dijual dan diedarkan)

ContohPenternakan lembu untuk mendapat hasil seperti daging atau susu untuk dijual

Penternakan dan penggunaan anjing oleh bahagian narkotik polis Malaysia, di mana anjing tersebut mempunyai potensi untuk memberi servis perkhidmatan

 

Penternakan  ikan  yang  bakal digunakan untuk tujuan pengembangan, latihan dan penyelidikan di dalam sesebuah program Jabatan.


 

Aset haiwan atau tumbuhan yang tidak memenuhi kriteria di atas tidak boleh direkodkan sebagai aset.

Kategori Utama:
1 - 5Next
​​​​<< Kembali Ke Atas >>​​​​​​​​​​ ​​