Pengenalan Change Agent Network

Pengenalan Change Agent Network 


Penglibatan, penggembelingan dan bantuan semua pihak yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan Perakaunan Akruan adalah amat penting diatur, diselaras dan digerakkan secara bersepadu dan terancang agar pelaksanaan ini dapat berjalan dengan lancar sepertimana yang telah ditetapkan. Pekeliling Perbendaharaan Bil 4 Tahun 2013 telah dikeluarkan khusus untuk menjelaskan peranan dan tanggungjawab Pegawai Pengawal dalam pelaksanaan Perakaunan Akruan di peringkat kementerian.

 

Jesteru itu, pelaksanaan projek ini adalah merupakan KPI setiap Pegawai Pengawal dan mereka bertanggungjawab bagi memastikan tadbir urus pelaksanaan projek ini berjalan dengan lancar. Mereka juga dikehendaki mewujud dan mempengerusikan Jawatankuasa Pelaksanaan Perakaunan Akruan di peringkat kementerian masing-masing seperti di Rajah 1.

 

RAJAH 1: KEAHLIAN JAWATANKUASA PELAKSANAAN PERAKAUNAN AKRUAN KEMENTERIAN (JPPAK)

keahlian JPPAK.jpg