Skip Navigation Linksdasar-privasi

Dasar Privasi
Mengenai Dasar Privasi

Dasar privasi ini menerangkan penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui portal Perakaunan ​Akruan di www2.anm.gov.my.

Keselamatan Data

Semua penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi dikumpul semasa pengunjung melayari www2.anm.gov.my kecuali maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui e-mel atau pendaftaran di bahagian yang dilindungi dalam laman web ini. Maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi Kementerian Kewangan yang lain untuk membantu dalam penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan pertanyaan atau aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Pautan

Walaupun www2.anm.gov.my mempunyai pautan dengan laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan dan agensi-agensi lain, dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web agensi lain yang dilayari.

Fail Log

Bagi tujuan meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan laman web ini, maklumat umum pengunjung seperti jenis browser, nama domain, nama negara dan lain-lain maklumat akan digunakan dalam pengumpulan dan penganalisaan maklumat demografi dan halaman-halaman yang sering dikunjungi oleh pelanggan. Walaubagaimanapun ianya tidak melibatkan privasi individu.

Cookies

Pada masa ini, cookies tidak digunakan. Walau bagaimanapun, ianya mungkin akan digunakan pada masa akan datang.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini.

Pertanyaan atau Aduan

Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi www2.anm.gov.my​ hubungi kami melalui korporat[at]anm.gov.my atau melalui borang pertanyaan yang disediakan.

Maklumbalas

Kami amat mengalu-alukan maklum balas dari pengunjung.​