Peranan dan Tanggungjawab Change Ambassadar

Peranan dan Tanggungjawab Change Ambassadar

 

Change Ambassador yang telah dilantik beperanan untuk melaksanakan tanggungjawab seperti berikut:

 

  • Menyelaras dan memudahcara perubahan polisi, proses dan prosedur serta teknologi berkaitan pelaksanaan perakaunan akruan di Jabatan dan Bahagian;

 

  • Memastikan proses transformasi pelaksanaan perakaunan akruan di Jabatan dan Bahagian berjalan dengan lancar;

 

  • Menyalurkan maklumat terkini berhubung perakaunan akruan kepada semua Pengurus Kewangan yang terlibat di Jabatan dan Bahagian;

 

  • Memainkan peranan sebagai penasihat dalam perakaunan kepada Jabatan/Agensi/Pusat Tanggungjawab di Jabatan dan Bahagian; dan

 

  • Merangka, merancang dan memantau pelaksanaan aktiviti kesedaran (awareness) dan latihan perakaunan akruan bagi seluruh warga Jabatan dan Bahagian.​