Skip Navigation LinksLatar-Belakang

Latar Belakang

Latar Belakang 

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kini mengamalkan asas perakaunan tunai ubahsuai iaitu satu kaedah perakaunan yang mengiktiraf  dan merekod sesuatu urusniaga kewangan apabila tunai diterima atau dibayar dalam tempoh perakaunan tersebut. Di bawah kaedah ini, perbelanjaan aset tidak dipermodalkan dan liabiliti tidak dilaporkan di dalam penyata kewangan, segala perbelanjaan akan menggunakan peruntukan tahun sema​sa dan pembayaran dibuat sehingga bulan Januari tahun berikutnya.​

Pelaksanaan perakaunan akruan adalah selaras dengan Dasar Transformasi Sektor Awam dalam Model Baru Ekonomi dan pelaksanaan Outcome Based Budgeting (OBB) yang akan memberi kesan signifikan dalam pengurusan fiskal berhemat serta mempertingkatkan kecekapan pengurusan kewangan dan perakaunan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Pada 11 Mei 2011, YAB Perdana Menteri telah meluluskan pelaksanaan perakaunan akruan yang merupakan salah satu daripada 21 inisiatif SRI Public Finance Lab.

Perakaunan Akruan merupakan asas perakaunan bagi pelaporan kedudukan dan prestasi Kerajaan yang lebih tepat dan telus. Transformasi daripada perakaunan tunai ubahsuai kepada perakaunan akruan adalah menjurus kepada pengurusan fiskal yang lebih cekap dan berkesan.​​