Statistik Pelawat
Jumlah ABT hutang pinjaman yang perlu dikumpul bagi baki tidak semestinya akan sama jumlah ABT yang dikira berdasarkan pekeliling yang sedia ada. Jumlah ABT bagi baki awal perakaunan akruan merangkumi semua jumlah hutang yang belum selesai, bukannya jumlah yang tertunggak sahaja.
Definisi Aset Hidup adalah aset bernyawa iaitu tumbuhan, haiwan dan ikan dan digunakan untuk pelbagai aktiviti di bawah sektor awam. Aset tersebut bukan sahaja untuk tujuan pertanian, tetapi juga untuk tujuan penyelidikan, pendidikan, pengangkutan, hiburan, rekreasi, penggunaan untuk pertahanan oleh jabatan kastam dan penggunan lain yang tidak berkaitan dengan pertanian.
Aset Hidup boleh diakaunkan sebagai PPE di bawah IPSAS 17, Inventories di bawah IPSAS 12 atau Agriculture Asset di bawah IPSAS 27.
Contoh Aset Hidup yang memenuhi kriteria di atas adalah:
Kriteria
Aset Hidup yang melalui fasa transformasi daripada haiwan atau tumbuhan untuk dijual atau sebagai produk pertanian harus diakaunkan mengikut IPSAS 27 nilai saksama tolak kos penjualan.
Penggunaan aset hidup sebagai sebahagian daripada operasi
Aset Hidup boleh diakaunkan sebagai inventori di bawah IPSAS 12 sekiranya:
Akan dimakan or digunakan sebagai sebahagian daripada operasi Kementerian; atau dalam bentuk pembekalan (untuk dimakan atau pengedaran servis oleh sesebuah Kementerian); atau dalam proses pengeluaran untuk dijual dan diedarkan)
Penternakan dan penggunaan anjing oleh bahagian narkotik polis Malaysia, di mana anjing tersebut mempunyai potensi untuk memberi servis perkhidmatan
Aset haiwan atau tumbuhan yang tidak memenuhi kriteria di atas tidak boleh direkodkan sebagai aset.