Faedah Perakaunan Akruan

Faedah Perakaunan Akruan


Faedah pelaksanaan Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan adalah seperti berikut :

 

  • Memberi gambaran kedudukan kewangan Kerajaan yang lebih menyeluruh dan tepat;

 

  • Meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti Kerajaan dalam pengurusan kewangan dan akaun;

 

  • Menambahbaik pengurusan kewangan dan perakaunan Kerajaan melalui tadbir urus yang baik (good governance) serta menjurus kepada value for money;

 

  • Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan Kerajaan dengan penjanaan laporan prestasi dan penyata kewangan secara lebih lengkap dan menyeluruh;

 

  • Pengukuran kesan polisi secara lebih efektif melalui pelaksanaan perakaunan pengurusan; dan

 

  • Memberi petunjuk yang lebih baik dalam pengurusan kewangan secara berhemat.