Penubuhan Bahagian Akaun di Kementerian JTMS

Penubuhan Bahagian Akaun di Kementerian JTMS 


​Salah satu strategi penting dalam memastikan kejayaan transformasi perakaunan akruan adalah Penubuhan Bahagian Akaun di Kementerian yang betaraf Jabatan Tidak Mengakaun Sendiri (JTMS) yang melibatkan 15 Kementerian berikut :​​

  1. Kementerian Kewangan (MOF);
  2. Kementerian Luar Negeri (KLN);
  3. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW);
  4. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK);
  5. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT);
  6. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI);
  7. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI);
  8. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE);
  9. Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP);
  10. Kementerian Sumber Manusia (KSM);
  11. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC);
  12. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA);
  13. Kementerian Belia dan Sukan (KBS);
  14. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM); dan
  15. Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK)

Kajian terperinci telah dilaksanakan dari segi keperluan perjawatan berdasarkan kesesuaian struktur di 15 JTMS tersebut. Kertas cadangan penubuhan Bahagian Akaun ini telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia pada 28 Mac 2013 dan penubuhan Bahagian Akaun (BA) di 15 Kementerian JTMS telah diluluskan oleh JPA pada bulan September 2013.



penubuhan BA JTMS_v2.jpg