Sign In



Carian Laman:                                                         

Peranan dan Tanggunggjawab Trainer 


 
Skop
 
Penjelasan Tugas
 
Berurusan dengan Pasukan Projek Perakaunan Akruan (PPPA)
  • Trainer merupakan point of contact di peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi dengan PPPA bagi urusan yang berkaitan perlaksanaan Perakaunan Akruan.
  • Berhubung dengan PPPA dalam melaporkan perkembangan pelaksanaan Perakaunan Akruan di peringkat Kementerian/Agensi.
  • Menghadiri perjumpaan berkala yang diadakan di antara Trainer dan PPPA.
 
Menghadiri latihan berterusan
  • Trainer bertanggungjawab untuk menghadiri latihan berterusan yang dijalankan oleh PPPA atau pihak lain yang berkaitan Perakaunan Akruan.
  • Mengemaskini pengetahuan dari semasa ke semasa dalam perkembangan terbaru pelaksanaan Perakaunan Akruan.
 
Melatih warga di Kementerian/Jabatan/Agensi.
  • Trainer adalah bertanggungjawab untuk melatih semua pegawai kewangan di Kementerian/Jabatan/Agensi yang berada dibawah seliaan berkenaan semua urusan berkaitan pelaksanaan Perakaunan Akruan.
  • Trainer bertanggungjawab menentukan program latihan yang akan diadakan berpandukan arahan daripada PPPA.
 
Menyediakan laporan kemajuan
  • Trainer perlu menyediakan laporan dan melaporkan kepada PPPA tentang perkembangan pelaksanaan Perakaunan Akruan dibawah seliaannya dari masa ke masa.
 
Bertindak sebagai Agen Perubahan
  • Trainer akan bertindak sebagai agen perubahan dan pelopor dalam pelaksanaan Perakaunan Akruan di peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi masing-masing.
  • Menjadi pakar rujuk dalam pelaksanaan Perakaunan Akruan.​


PAPARAN TERBAIK DI INTERNET EXPLORER VERSI 9 KE ATAS / GOOGLE CHROME / MOZILLA FIREFOX DENGAN RESOLUSI 1280 x 600 KE ATAS



web counter


Bilangan Pelawat





Hak Cipta Terpelihara © 2014
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No.1, Persiaran Perdana, Precint 2, 62594 PUTRAJAYA.
Tel : 603-8882 1000 Fax : 603-8889 5821





Facebook Akruan
(untuk Trainer Akruan sahaja)